Kumpul Duit Suka Suki !

Thursday, June 30, 2011

Dia Bertudung Sebab Pakwe !

 


          Assalamualaikum !! Uihh.. Malam dah rupanya.. Patot la ia gelap gulita ! Hehe.. Errr.. Hello pembaca blog aku yang sedang menatap skrin laptop anda untuk baca blog Sengal Zone aku ni  ! Terima kasih banyak banyak sebab sudi membaca catatan aku yang tak la sehebat seperti Kamen Rider, Ultraman mahupun Green Lantern ! Hehe.. Terima kasih lagik lapan puluh ratus kali kerana kesudian kamu itu. :)


            Well.. Malam ni aku tatau nak kongsi apa dengan korang ! Serius.. Dari pagi sampai tadi aku duk fikir apa yang akan diupdate dalam blog aku ni ! Kehidupan aku kini tersangat simple woo.. So takde la sebarang kejadian yang dapat menyembulkan idea idea bernas lahir dari otak aku yang agak sengal sengal ubi ni. Errr.. Ye kot ubi itu sengal?


             Tapi, aku ada story tentang pemakaian tudung ! Yerrr.. Tadi, waktu sedang menanti adik aku tamat persekolahan dalam pukul 6 petang lebih tu kan. Macam biasala, aku menjamah beberapa keping keropok keping yang  tipis dan nipis tu sambil mengusha kot kot adik aku da keluar ke belum ke. Nak dijadikan cerita panas dan hot kan, ada sepasang couple ni naik motor la kan. Prenngggg lalu depan aku..


            So.. Aku pun terus la aktiviti mengusha dengan penuh kecomelan bagai hamster menanti kuaci ! Selang lapan minit kemudian, si pakwe tu pun berhenti la agak dekat la jgk dengan tempat memparkingkan kereta kancil comel aku tu. Jadi, aku boleh la mendengar bait bait lagu / kata kata yang terungkap ! Ecehhh.. Macam lagu la pulak kan. Hehe..


           Tiba tiba, aku terdengar si makwe ni cakap

 " Syg, gi la alik, awak moto elok elok taww ! Sayang awak ketat ketat ! " 


             Well.. Tu biasa la kan? Hehe.. Apa orang cakap, manis bercinta la katakan. Okeh, tu takpe lagi, dan kemudian mamat tu blah dah.. Prenggg dengan kelajuan 40km/j !


            Lepas dari itu, aku pon berpaling la muka untuk mengusha awek tadi ! Gua usha bukan sebab gua mata keranjang ke, mata lisut ke tapi dah automatik ia nak mengusha awek itu woo.. Errr.. Nak tau tak, satu perkara mengejutkan aku telah berlaku tatkala aku memalingkan muka aku untuk mengusha awek itu.! Suspen tak? Nak suspen lagi? Sila taip SUSPEN hantarkan ke 98765 sekarang . Acah jeee.


             Ehemm.. Aku terkujut dan terkujat sebab, awek tadi dengan tak semena mena merentap tudung shawl beliau !!! Seriuussss ! Die bukak tudung lalu masuk rumah, pastu keluar balik dan berjalan ke kedai berhampiran ~


              So.. Mengikut kejadian diatas, aku mengandaikan la kan, si awek ni pakai tudung sebab pakwe die suruh ! Haha.. Sebab apa aku mengandai kan sebegitu? Sebab, banyak da aku jumpe kes kes pakai tudung tutup aurat sebab PAKWE ! Betul tak pembaca pembaca sekalian?


               Aku nak mintak pendapat korang berkaitan isu ni ! Amacam? Sudi tak sharekan sedikit buah fikiran korang ? Sila sila okeh ! :)



         

Jom Jadi Orang Tanah Liat !






              Holaaaa ! Tak tido lagi ye? Bagus bagus, ada jugak orang boleh teman aku ! Haha.. Aku pun tidak dapat melelapkan mata dek kerana migrain mengattack kepalaku. So.. Korang temani la aku. Mana la tau kan, kot kot ada alien ke, monster ke nak culik aku, kan ke korang dah jadi super hero ! Free free je dapat jadi femes ames.


           

               Ni la wajahku malam ni ! Kacak dan bergaya bukan? Hehe.. Kalau anda bersetuju sila angkat ketiak beramai ramai ! Err.. Tapi memalam cenggini ia tidak la afdal untuk dipraktikkan. So .. Better jangan okeh !


                Well.. Ekceli, aku terbaca dekat Majalah PC tentang satu website yang boleh buat diri kita versi tanah liat ! Bukan tu saja woo.. Dalam website tu banyak lagi benda korang boleh buat . Betul, aku tak menipu di malam hari .. Nak try ? Jom bersama sama menjadi tanah liat dalam ClayYourSelf <-- Klik laa


                 So.. Apa tunggu lagik, jom la fight orang tanah liat ni ! Ada berani ? Hehe..






Koyok ditempek : Teringat zaman kecik kecik dulu suka main PLASTISIN ! RM 1 je woo ! :P


Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #4 : We All Do It ! Yeahhh

;)






Wordless Wednesday #3

Shampoo Never Ending ! Terkentut aku gelak ! Haha..













=P





Nuffnang Sungguh Pelik !





            Assalamualaikummmm ! Tengah hari menjelma lagi. Pasti ramai yang dok menjamu selera kan? Hehe. Makan la dengan penuh lemah gemalai. Jangan tergopoh gapah seperti mengejar layang layang yang ditiup angin okeh? Sambil makan , sambil usha blog memang feelingg woo ! Cer try ..


             Okeh, disebabkan aku suka menguji kajikan  benda benda online ni kan, aku telah menguji kajikan blog aku sendiri. A'ah la.. Blog aku ! Hehe.. Camne ek aku menguji kaji kan ia? Ermm.. Meh nak story mory sikit lepas korang tengok point point dalam ujikaji aku itu terhadap Nuffnang !



  • Traffik aku dah merudum kaw kaw ! bukan kawtimmm okeh? Haha.
  • Aku tak update blog dalam 3 minggu dan kini, selang beberapa hari..
  • Ranking Alexa aku pun dah jatuh lapan belas kali ganda ! Haha..


              3 point diatas merupakan satu ujikaji yang dijalankan aku untuk melihat sama ada aku still dapat apa apa dari Nuffnang ke tidak. Dan hasil nya agak memelikkan diriku ini sebab...




  • Aku still dapat Buffered Earning (BE) eventhough aku punya UV tak sampai 100


              So.. itu lah perkara pelik yang berlaku antara aku dan Nuffnang ! Apakah ini dinamakan CINTA? hahaha.. Sapa sapa yang terer bab Nuffnang ni sila la menjelaskan isu gosip hangat ni pada diriku agar aku tidak dalam kebuntuan senantiasa !! Tamat . Hehe :)






Koyok ditempek  :  Sapa ada tau penawar nak pulihkan strok ? Untuk ayah aku ni.. Sapa sapa tau, aku belanja die choki choki ! :)
            







Wordless Wednesday #2

Penguin kah ini? =P








Wordless Wednesday #1






Monday, June 27, 2011

Tips Lajukan IDM !

   


            Assalamualaikum ! Cak !! Haha.. Erm.. Korang suka download tak? Selalu guna Internet Download Manager (IDM) kan? Mesti tension kalau process mendownload itu menjadi lembab seperti siput berjogging di kedaunan kan? Hehe.. aku pun sama jugak. Rasa hangin je satu ketiak kalau ia sungguh lembab !


             So.. Aku nak selesaikan permasalahan itu dengan penuh kekembangan hidung ni. Haha.. Dalam erti kata lain, aku berbangga dengan teknik ini  sebab ia membuatkan process mengdonlod aku menjadi agak laju dari kebiasaan ! Erm.. Tanpa melengahkan masa yang memang laju meninggalkan kita ni, jom ikut langkah mudah dibawah !



  • Mula mula klik tab DOWNLOAD, pergi ke OPTION 
  • Pilih tab CONNECTION
  • Kemudian pilih CONNECTION TYPE/SPEED dan tukarkan ke "LAN 10Mbs" 
  • Dan tukarkan jumlah 10000000 berhampiran LAN 10Mbs tu. 
  • Lepas tu tukarkan DEFAULT MAX CONNECTION ke 16.
  • Lastly, korang tekan OK je. Dan teruskan aktiviti mengdonlod ! Hehe..


              Ermm.. tips ni bergantung pada jenis connection internet anda jugak okeh. Kalau dah memang connection internet anda itu sungguh menglembabkan, ia akan jadi lembab jugak woo.. Tapi kebiasaannya, tips diatas ni mampu boost dalam 5% minimum . Hehe.. Aku dah try okeh ! Sekarang aku senang lenang mengdonlod cerita  kegemaran ramai iaitu ULTRA SEIJU SPACE GABAN ! Haha.. Syokkkkk !



Sunday, June 19, 2011

3 Cara Mudah Bersenam !

 




          Morning eberibodi !! Hehe.. Pagi yang indah dan diiringi dengan bunyi ayam berterbangan dan kucing melompatan. Errr.. Betul ke tu? Abaikan okeh, ini adalah cara aku menghayati waktu pagi yang agak menenangkan. Hehe..


             Well.. Mesti korang tengah melantak kan? Ececehhh.. Nasi lemak dan kuih kuih atas meja tu sebagai bukti.. Ooooo.. Bak sikit.. Lapar beb !


              Ehem..  Entri ni adalah satu entri kesihatan okeh, eventhough ia agak melalut, tapi ini adalah teknik teknik mudah bersenam di pagi hari. Betul.. Aku selalu try di pagi hari dan hasilnya, aku kelihatan awet muda dan diawet sebaik baiknya.. Haaa.. Aku bukan mumia ! Haha.. Jom la ikut teknik bersenam semudah mudahnya oleh aku Sengalman !




  • Teknik Pertama
    • Diawal proses kebangkitan kita dari alam mimpi, sudah semestinya, rambut kita akan mengerbang seperti  Hantu Kak Limah, Son Goku dan errr.. Sapa sapa jela kan? Okeh, apa kata, sementara dok betulkan rambut tu, try ulang aksi anda mengibas rambut menggunakan dua tangan tu selama beberapa minit. Estimated dalam 2 minit pun dah okeh. Hehe.. Sambil sambil tu, boleh la ambil detik pengiraan macam, 1 , 2, 3 aku lekuk ke.. Eh.. Macam Sang Kancil plak. Hehe..

  • Teknik Kedua
    • Okeh, ni mudah dan simple macam Smart Shop ! Hehe.. Ketika ingin menuju ke bilik air untuk mencuci muka, gigi , hidung dan serba macam aneka juadah, try pusing pusing  keliling bilik, katil dan almari anda selama 5 minit. Hehe.. Ini boleh dikategorikan sebagai jogging secara malu malu segan ku mahu ! Hehe.. Try la.. Hasil dia? Emm.. Eight pack korang dapat kot. Haaa..

  • Teknik Ketiga
    • Teknik terakhir adalah, ketika selesai membasuh muka, jangan beredar dahulu, sebaliknya kan, korang ambil masa selama 3 minit, sambil sambil memerhatikan aktiviti hidung kembang kempis tu kan, try korang buat senaman muka macam kerut kerut dahi, mata,  hidung, mulut dan geleng geleng sikit kepala tu. Hehe.. Ia amat menenangkan wooo ! Simple mudah dan amat sesuai dipraktikkan. Kan? 




             So, itu lah tadi serba sikit tentang teknik bersenam cara mudah yang aku selalu praktikkan sekarang. Hehe.. Try okeh, ia tak merugikan pun.. Cayalahhh... Eh, nasi lemak korang tu ada lagi tak? bak sikit !! :P



Friday, June 17, 2011

Pontianak Sebenar Kacau Polis !




               Assalamualaikum.. Speechless kejap bila aku tengok video ni dari Youtube ! Korang layan la eh ! Aku rasa macam betul je. Korang? Jumm layannn !! Pontianak kacau Polis !!










               Dah tengok? So.. Pendapat korang? Hehe..




Thursday, June 16, 2011

Berkepit Sebelum Dikepit !





              Assalamualaikum warahmatullah ~ Hehe.. Selamat tengah hari buat anda anda dan anda yang tengah menatap wajahku ni.. Ewahhh.. menatap skrin depan anda itu umpama menatap diriku secara face to face woo.. Itu la di namakan magik ! Haha.. Berangan kuat betul la aku ni. La la la..


               Okeh, hari ni , aku masih lagi meneruskan misi pencarian kerjaya yang sesuai dengan diriku ini. Dalam pada itu, aku sering terserempak dengan situasi berkepit kepitan yang agak melampau dari remaja remaja yang ada diantara diorang ni masih lagi "kecik". Dan masalah yang selalu timbul adalah, mereka ni selalu berpuak puak dan bergerombolan macam cerita KL Gangster tu. Itu sungguh mendukacitakan, sebab, jika ada yang menegur, confirm confirm geng geng bas sekolah mereka ni datang menyetelkan itu penegur. Aku yang lalu bersebelahan mengusha secara melirik lirik manja pun dah kena usha balik dengan 12 bebola mata berapi ! Seriusss.. Aku tak tipu.. Haha.. Agak kekagetan disitu ye !


               Kekadang, aku gemar tersenyum bersendirian bila aku terfikir yang diorang ni kan, bila beramai ramai berani la terjegil sana terjojol sinun. Try tengok time depa ni lonely and single, hehe.. Jalan pun tunduk je.. Kan kan kan? So.. Nasihat daripada aku yang tak reti silat tapi mengetahui jurus Kungfu Panda  ni kan, henti henti la berkepit kepit, korang nak kena kepit dengan api neraka ke weh?


               Akhir kata, aku berharap sangat sangat, pada mereka yang mempunyai adik lelaki mahupun perempuan, jaga la depa baik baik. Cukup la kalau kita ni pernah melakukan kepitan sebegitu suatu masa dahulu mahupun kini, takkan nak bagi adik adik kita ikut tauladan kita? Hehe.. Fikir fikirkan !





Tuesday, June 14, 2011

Hazama - Cinta Teragung

   


              Assalamualaikum !! Sihat ke idak? Hehe.. Teman sihat bebenor ! Ehem. Akademi Fantasia dah melabuhkan tirai kan? Juara dia pun dah tentu la Hazama kan? Hehe.. Percayakah anda, yang aku tak menonton mahupun mengikuti langsung itu Akademi Fantasia 9? Haha.. Aku sempat tengok kilas kilas je waktu final ari tu.


               Ermmm.. Itu pun sebab aku tengok ayah aku terpaku depan tv .Haha. Ayah aku memang meminati Akademi Fantasia dari yang pertama sampai la yang ke sembilan ni. So.. Nak di jadikan cerita, aku tersentap dek lirik dalam lagu Single Hazama yang bertajuk Cinta Teragung ni ! Besttttt gilakkkk ! Nak dengar dan karaoke? Jom layan video kat bawah ni !




Hazama AF9 - Cinta Teragung 




               
                 Errr.. Best kan? Hehe... Jom la fight karaoke ini lagu ! Haha.. Alamak, mak aku panggil gi beli kelapa la.. Okeh la, gua chow sin chi dulu ! Tata..

 

Sunday, June 12, 2011

Artis Hollywood Takda Kening !

     



                 Kening ...  Apekah itu? Mesti anda tahu bukan apakah itu kening. Jadi, tak perlu aku nyatakan lagi maksud kening mahupun kekeningan bukan? Haha.. Belum lagi masuk bab bab mencukur kening untuk kecantikan bagai ! Itu HARAM okeh ! Jangan cukur ye rakan rakan !


                  Tajuk entri ni pun dah menerangkan tentang apa yang bakal terkandung dalam entri aku ni kan? So.. Aku tak nak buang masa, jom tengok bagaimana la agaknya rupa artis Hollywood ni bila diorang dicukur kening. Eh.. Jangan tiru okeh aksi 18XXL di bawah ! Haha. Jommmm..




Justin Timberlake 



Anne Hathway



Jessica Alba



Leornardo De Caprio



Robbert Pattinson



Catherine Zeta Jones



Daniel Radcliffe



Justin Bieber 



            Haaa.. Bagi pengemar mencukur kening tu kan, alang alang dah cantas sikit sikit tu, baik cantas semua sekali.. Haha.. Kan dah tak banyak kerja dah pastu ! Ce try ce try !! Gerenti cantik macam artis !! Haha,.. Okeh la, aku pon nak lelapkan diri ni ! Good.. Errr.. Night ke morning eh? Dua dua laaaa ! Adiosss..



Saturday, June 11, 2011

Jom Makan Serangga, Aku Belanja !

                Assalamualaikum.. Ape kabo rakan rakan taulanku? Ecehhh.. Ini hari Sabtu kan? so.. ape agaknye aktiviti korang di lapangan waktu begini? Hehe.. Aku? macam biasa la kan, bermain dengan adek beradek yang sungguh mengsyokkan. Berlari kesana kesini dengan penuh keriangan, mengeletek mak aku yang tengah masak dan jugak, mengacau sarang tebuan secara berkumpulan.. Haha.. Thriller wooo..


                  Tapi, ada lagik yang lagi thriller dari aktiviti di atas ! Seriusssss... Hehe.. Nak tahu apa dia? Ehemmm.. Ekceli, aku nak membelanja korang makan ni. Hehe.. Hidangan mesti special dan terbaek dari ladang !!! Iyeeee.. Tak caya? Jom usha menu di bawah ni.. Hehe.. Korang pilih yeeee !








Ferrero Belalangche 





Nasi Ulam - Ulatan 





Mee Pas So 





Chipsmore Bee Flavor





Pizza Maggot Crust 





Lolli Scorpy 




Kebab De Gonggok





Sate Lipan






Cengkerik Goreng Tepung






Nasi Goreng Ulat !




        
              Errr.. Dah buat pilihan belum? Aku nak belanja ni ! Hehe... Cepatttt ! 





Friday, June 10, 2011

Cantik Tak Header Ku ?

            Assalamualaikum !! Wehh.. Aku nak habaq mai kat ampa ampa dan ampa semua ni.. Header blog aku buat kali ke lapan belas ratus bertukaq lagi. ! Haha.. Header ni lebih simple , kemas dan menenangkan. Alaaa.. Ingat lagi tak pencarian Sengal Zone Top 10 Blogger ari tu? Err.. Aku terlupa plak nak senaraikan diorang.. Tak pe takpe, lepas ni aku masukkan senarai itu okeh? Hehe..








            Well.. Seperti yang anda nampak dalam gambarajah diatas, peratusan aku menukar header blog aku ni agak meningkat ketahap esofagus ! Haha. Merepek dah aku ni.. Adehhhh.. Errr.. Gamba diatas ni adalah header lama aku dimana aku menempekkan muka sememeh gua ala ala Son Goku disitu ! Berbeza dengan header baru aku sekarang di mana aku telah bertukar menjadi pokok pokok kekelabuan di kedua dua belah header tersebut.


              Maka, dengan itu, aku kini , menjadi pokok pokok untuk menenangkan hati korang korang semua ! Ecehhhh.. Mampu kah diriku ini berbuat sebegitu? InsyaAllah ~!! Hehe..


              Errrr.. Aku blah kejap okeh, mak aku panggil makan nasik ! Nanti aku datang lagi dengan permainan kasut terbang ala ala Din Dang ! Haha.. Nakkk ? 



Koyok ditempek :     Aku rasa nak buat cabaran 10 entri la ! Hee 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...