Kumpul Duit Suka Suki !

Thursday, February 14, 2013

Haikal Dan Nur ( Siri 11 )





[ Haikal dan Nur ]
Karya Asal Deeyaudeen Sabri

Untuk membaca siri sebelumnya

* Terima Kasih Sebab Sudi baca ! *

* Maaf lambat ! *

;)


SIRI 11

**********


“ Haissshhhh .. “
Nur menyentap sweater hitam milik Haikal. Disarungnya separuh menutupi lengannya.


“ Ayam dah cover ka kepak tu? “
Haikal tersengih sambil memalingkan muka ke tempat lain.


“ Uhhh.. Dah.. “ Nur terus berpaut pada kayu tadi sambil memandang Haikal.


“ Alhamdulillah.. Lengan dah cover, sekarang boleh kahwin  dengan aku la kan? “ Haikal terus berpaling dengan senyuman sinis memandang Nur yang sedang memandangnya.


Dua dua tergamam dan membatu.


“Err.. Apa kau cakap tadi syaitonnn? Ulang balik .. “
Nur meninggikan suaranya.. Hati nya menjadi panas.


“ Aku cakap, kahwin dengan aku nak ayam? Nanti boleh ayam ni pot pet pot pet kat anak ayam. “ Haikal mendepa kan tangannya lalu membuat mimik ayam mahu terbang.



“ Kau ni gila  la atok ! Gila ....... “

“ Aku gila gila pun bukan ayam..... “

“ Ayam apa? “

“ Ayam masak merah kot. “

“ Ah. Aku benci kau Haikal. “

“ Mak aku kata, jangan benci, sat lagi kena tangkap hati . “

“ Tangkap hati ? Maksud kau? “

“ Entah.. Hati kau kena tangkap dengan polis ayam ensem cam aku kot. “

“Errr.. Malas aku cakap dengan kau.. Sengal !!“

“Malas cakap, kita gaduh je. “

“ Apahal plak? “

“ Sebab ayam hanya akan pot pet bila gaduh je. Kannn ? “

“ Hishhhhhhhh.. “

“ Ayam ooo ayam.. “

[ Nur mencebik.. ]



Sedar tak sedar, Nur sudah pun sampai di kereta Wajanya. Sepanjang perbualan tadi, dia tak sedar yang Haikal membantu dia untuk ke keretanya. Dan Nur juga tak sedar yg Haikal menjadi kayu sokongan kedua untuknya berjalan. Haikal buat dirinya lupa pada kesakitannya. Nur tidak sedar itu.


“ Dah ayam, Waja ni kereta kau kan? Auto eh? “
Haikal duduk diatas bonet kereta Waja milik Nur sambil menepuk nepuk bonet kereta itu.


“Aah.. Kenapa? “
Nur menjawab dengan penuh lemah . Kepenatan dia.


“ Nothing, tanya ja.. So boleh drive tak ni? “ Haikal mengerutkan keningnya pada Nur.


“ Boleh la. Kau sibuk pehal? Kereta aku ni kan? Hishhh.. Blah laa wehh ! “ Bentak Nur sambil masuk kedalam keretanya. Kayu tadi dicampak ke longkang berhampiran.


“ Ye..   “ Haikal menjawab perlahan sambil turun dari bonet kereta Nur dan berjalan menuju ke kereta Tiaranya.. Sesekali Haikal memaling untuk melihat Nur.


Nur memandang Haikal sekilas sambil tangannya memutarkan kunci untuk menghidupkan enjin keretanya. Dia dan keretanya terus berlalu meninggalkan asap kepul dan satu kenangan disitu.. Kenangan..


 .............


 Haikal berjalan menuju ke longkang tempat Nur melemparkan kayu nya itu tadi.
Dikutipnya kayu itu dan secara tak semena mena satu senyuman terukir dibibirnya tatkala dia memegang kayu itu.



Deep inside, I feel something..
Its just blooming..
Blooming thru my feelings.
Oh marshmellow,
What have you done?
 A tiny little smile has create a rainbow that shine 24/7 to my heart and guess what? Its you marshmellow.

It absolutely you.

- Haikal’s heart



Lalu Haikal meraba poket seluarnya. Di ambilnya kunci keretanya, lalu ditorehkan sesuatu atas kayu itu.



“ M.O.M.E.N.T.S“


 
Haikal sekali lagi tersenyum, dia puas hati dengan hasil torehan nya.


“ Dia singa, dia jugak ayam. Nur, nur.. “

Haikal mengomel dalam hati sendirian sambil tersenyum tatkala dia memasukkan kayu itu di dalam bonet belakang kereta Tiaranya..


Diletaknya kayu itu ditempat yang paling hujung agar ia sentiasa ada di bonetnya. Kemudian, Haikal terus masuk ke dalam keretanya dan mula bergerak pulang ke rumahnya. Tengahhari kian menjelma. Matahari semakin galak.


.....


Setelah selesai menyucikan diri dan menunaikan solat Zuhur setelah tiba dirumahnya, Nur dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Bergegas dia berlari mendapatkan telefon bimbitnya di atas meja belajar. Lalu, di tekan nya punat berwarna hijau di telefon bimbit berjenama Nokia itu.


“ Hello.. Assalamualaikum.. “


“ Waalaikummussalam.. Siapa ni? “


“ Nur Izyan Izwani, Ni saya, Erwan Farish.. Tak kenal ke? “


“ Erwan? Kenal je, orang tu baru sekarang nak call orang ni. Hmm.. “


“ Kenal pun.. Rindu saya tak? Iyan saya ni sihat tak? “


“ Rindu ? Mestilah. Iwan saya mana pergi? Hilang lama sangat.. “


“  Sibuk sikit sejak akhir akhir ni Iyan.. “


 “ Sibuk kenapa? Sibuk dengan yang tu eh? “


“ Eh.. Taklah, kitorang tengah perang sekarang ni. Malas lah cakap pasal ni. Ermm.. Iyan, bila kita nak jumpa? “


“ Rindu sangat eh? “


“ Rindu kat Iyan ni. Rindu nak makan kek batik buatan tangan orang tu. “


“  Lagi ? “


“ Ermm.. Rindu nak buat aksi pelik depan cermin besar dekat hospital ni.. “


“ Lagi ? “



.....


Bersambung...



P.s : Sori lambat sangat sangat.. InsyaAllah akan dipercepatkan siri seterusnya. I'll try my best ! Ganbatte ! ;)


 

Monday, December 17, 2012

Apa ? Ketulusan Hati !


Assalamualaikum.


Pernah karok lagu ketulusan hati? Alahai, lagu Anuar Zain tu. Haa.. Jap jap aku bagi lirik dia. Usha bawah ye kengkawan. Bukan bawah meja, bukan bawah kusyen, tapi bawah bawah kebawahan anda.. Haha..


Tepuk 8 X 

Cintaku tak berdusta,
Tak mengenal ingkar,
Tak kenal nescafe.. Eh.. Nestapa..

Tepuk 16 X


Cintaku hanya indah,
Hanya bahagia..
Untuk selamanyaa.. harimau malayaa.. Eh..


Mesti sambil baca tu sambil nyanyi pegang mikrofon depan laptop or pc kan? Eleh macam la aku tak nampak apa yang korang sedang lakukan. Cuba angkat tangan kanan, lambai ke arah peti ais, tv dan jugak kipas anda.. Haaa.. Aku nampak.. Haiiii !! Eh jap, aku lambai lambai ni kenapa? Haha..


Mesti tertanya tanya apakah motif entri aku di hari Isnin nan lemau ini kan? Hmm. Biar detektif Kunon yang terangkan..


Detektif Kunon :  " Sebenarnya tiada apa apa, pesalah pun tiada, wang pun tiada, kereta pun tiada mahu bawa kau jalan jalan.. Ewah ewahhh... "


So.. Sekian saja entri aku untuk tengah hari ini.


Aku sudahi dengan sepatah ayat yang di selang seli dengan spacebar keyboardku ini.



Dulu aku pernah minat ratah milo di kala kebosanan, kini aku boikot  milo. Sekian.


" Bagi diriku yg bernama Sengalman ni, hati yang tulus adalah hati yang senantiasa zuhud, merendah diri, dan jugak selalu ingat Allah. Combine semua semua ni jadilah keikhlasan yang ohsem.. Setuju ? "


Okeh? Bai ~




Sunday, December 16, 2012

Haikal dan Nur ( Siri 10 )





[ Haikal dan Nur ]
Karya Asal Deeyaudeen Sabri

Untuk membaca siri sebelumnya

* Terima Kasih Sebab Sudi baca ! *

;)


SIRI 10

**********


“ Ye.. Aku.. Kau dah kenapa? Erghh.. Tolong aku weh.. Kaki akuuu.. “
Nur meminta belas sambil tangannya memegang pergelangan kaki kanannya..
Mukanya seperti menahan keperitan teramat..


“ Apahal dengan kaki kau tu? Kau berlakon kan? Nak kenakan aku macam tadi? Heh..
Aku takkan tertipu la Nur. Takkan sesekali .. Dah la.. Bye bye.. “
Balas Haikal, suaranya agak tinggi dan kasar. Sambil mula berpaling untuk berjalan meninggalkan
Nur yang cuba bangun tapi tak boleh di semak itu..


“ Haikallll.. Tolongla.. Kaki aku ni.. “
Nur melontarkan suara sambil Haikal semakin jauh pergi. Suaranya sayup sayup dan
Haikal semakin laju menuju ke keretanya..


Haikal masuk ke dalam keretanya dengan penuh kepuasan. Puas kerana tidak terpedaya lagi dengan
tipu helah Nur yang ingin mengenakannya..


“ Dah la, baik aku balik.. Padan muka kau Nur, padan muka.. Puas aku.. “
Haikal membebel keseorangan sambil memandu melintasi taman itu untuk pulang ke rumahnya..


“ Haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Nur, Nur, Nur.. Apa yang aku dah buat ni Ya Allah.. Haishhhhhh... “
Haikal memberhentikan keretanya secara mengejut. Dia terus berlari lari anak ke arah semak samun yg agak hampir dengan tempat dia letakkan kenderaannya..


“ Nur... “
Haikal memanggil nama Nur dengan sekuat hatinya..


“...... “
Tiada sahutan..


Setibanya di belakang semak itu, dia terkedu. Haikal terdiam kerana melihat Nur sedang menangis sambil tangannya memegang balutan penuh darah di pergelangan kakinya..



“ Ya Allah.. Kenapa kau tak bagitahu aku tadi ni? Haa? Darah ni wehhhh..  “
Haikal melutut sambil memerhatikan luka di kaki Nur, wanita singa yang baru beberapa hari dikenalinya. Timbul rasa kasihan dia dengan wanita bertudung labuh di hadapannya. Stokin yang dipakai Nur bertukar warna dari biru gelap ke hitam kerana kesan darah itu.


Nur mendiam kan diri sambil teresak esak..


“ Kau ni kan, aku ingatkan chengey macam singa, rupanya macam marshmellow. Lembik la kau nih! Hari tu garang bukan main.. Hang ni marshmellow jambu pa! Haishhh.. “
Bebel Haikal sambil matanya liar melihat sekeliling..


“...........”
Nur masih lagi menangis.. Dia seperti tidak menghiraukan apa yang diperkatakan Haikal..

“ Jap eh.. Jap.. Kau stop la nangis tu.. Bukan dapat apa pun nangis. Marshmellow sunggoh..”
Haikal semakin serabut dengan melihat keadaan Nur. Di hentamnya Nur dengan kata kata sambil matanya seakan dapat menangkap sesuatu berhampiran semak..

“ Ahaaaaaa .. “
Haikal menjerit keriangan. Reaksinya tak ubah seperti baru menemui satu formula terhebat alam ini.


“ Weh, bak tangan kau jap.. “
Haikal memohon tangan Nur sambil mukanya serius. Tiada langsung riak main main di wajahnya.


“ Kau nak buat apa sengalllllll !!? “
Nur berhenti menangis secara tiba tiba. Ada riak marah di wajahnya..


“ Aku punya pasal la nak buat apa.. Bak la tangan hang had comey tu sat.. Boleh laa.. Hang baik kan.. kan.. kann ?  “
Haikal melawan, kali ni riak wajahnya sedikit nakal.


“ Ah.. Kau jangan macam macam Haikal, aku ada kayu ni. Ketok pala kau nak ? Aku telefon polis ni. Aku telefon, akuuu telefoonnnn.. “
Nur semakin terdesak, sambil mengesot perlahan lahan kebelakang dia mengacukan kayu sepanjang semeter yg terdapat di tepinya itu ke arah Haikal..



“ Haha.. Kayu kecik, ada hati nak ketok aku konon.. Kau nak telefon polis eh? Mana handphone hang cik Nur oi?”
Usik Haikal sambil mendekati Nur dengan sesuatu di belakangnya..

“ Weh, wehh.. Kau tak takut dosa ke Haikal, kasihani la aku ni. Wanita ni amanah Allah kau tahu? Tak takut ke dengan azab Dia nanti? Jangan Haikal, jangan.. Aku kasi kau semua yang kau nak, tapi jangan teruskan apa yang kau nak buat ni.. Please Haikal.. I’m begging you.. Erghh”
Ucap Nur sambil ketakutan terpancar di muka nya.. Dia meraba raba poket jubahnya itu, ternyata telefon bimbitnya tiada. Mungkin tertinggal didalam keretanya.


“ Haha.. Tau takut.. Give me your hand. Help me with this plastic.. Wrap it over my both hand. Shall you? “
 Haikal mengeluarkan bungkusan plastik merah yang sengaja dia sorokkan di belakangnya. Sambil melutut berhampiran Nur, dia menyuruh Nur membalut tangannya dengan plastik itu.


“ Err.. “
Nur menjadi blur sekejap dengan kata kata Haikal. Dia tidak menyangka, Haikal mampu berbahasa Inggeris. Dan juga, Nur sedikit blur dengan apa yang Haikal arahkan sebentar tadi.


“ Nur Izyan oi.. “
Haikal memanggil lembut nama Nur. Kali ini nama penuh.


“ Heyyy.. Kau nak buat apa suruh aku bungkus tangan kau ni hah? Baik kau cakap.. “
Nur tiba tiba bersuara lantang. Nadanya seakan akan garang, tapi lebih banyak lembut dalam garangnya..


“ Haishhh.. Kau bungkus pastu ikat la dulu sengal. Jangan banyak tanya, kau nak terus duduk kat semak ni sampai tengah hari ke ? “
Haikal mengeluh kecil diiringi dengan riak wajah penyesalan.. Dia sedaya upaya meyakinkan Nur agar membungkuskan kedua dua tangannya itu untuk meneruskan misi nya.


“ Kalau aku buat, aku dapat apa je? Hmm? “
Nur tersengih sengih sambil sesekali mengembungkan pipinya tanpa dia sendiri sedari.


“ Haishhhh.. Nur Izyan.. Tolonglah weh, aku penat dah ni.. Lapaq pun lapaq ni.. Aku blah satgi , hang duk la kat semak ni sampai ke tengah hari, nak? “
Haikal menjawab dengan penuh kepenatan. Waktu semakin menjengah ke fasa tengah hari. Matahari pun semakin tinggi. Haikal penat.


“ Yelah, bak plastik tu.. “
Nur mengalah jua akhirnya, dimintanya plastik ditangan Haikal.


“ Nah.. Kau ikat plastik tu jangan sampai tersentuh kulit aku tau? “
Jawab Haikal sambil tangannya menghulurkan plastik merah itu.



“ Tau, haram kot sentuh bukan mahram. “
Sambil Nur mengambil plastik ditangan Haikal.


Setelah menerima dua beg plastik berwarna merah dari Haikal, Nur terus membungkusnya dengan berhati hati.. Takut tersentuh pula tangan lelaki ajnabi di depannya itu. Berdosa dia nanti.


“ Haaa.. Macam ni la, meh kaki hang sat.. Nak tengok. Tapi jangan selak melampau lampau. Pergelangan saja okeh? “
Sambil menepuk nepuk kedua tangannya yang berbungkus plastik.


“ Ni hah.. “
Nur menyahut arahan Haikal dengan lebih tenang. Entah mengapa dia rasa tenang dengan permintaan Haikal kali ini. Sambil itu, dia menunjukkan pergelangan kaki nya yg basah dek darah bercampur dengan warna stoking yang dipakainya itu..


Haikal terus membelek belek pergelangan kaki Nur sambil tangan Nur sebagai pengganti tangannya.


“ Kau ni kena selumbar kayu ni.. Senirih sikit ja. Tu yang berdarah tu.. “
Jelas Haikal sambil mengelap peluh didahi.


“ Senirih tu apa sengal? Cuba pakai bahasa melayu sikit. Lorat nau kau ni haihh.. “
Bentak Nur. Dia kurang faham ayat yang dituturkan Haikal tadi.


“ Haha.. Senirih tu macam kena sipi sipi la.. Sorry, aku terguna perkataan utaqha pulak kat kau. Lorat nau tu apa eh? “
Haikal tersengih sengih sambil tangannya meraba raba poket mencari sesuatu. Tangan kanannya pulak sibuk bermain main dengan plastik merah yang terbalut di tangannya.


“ Ohh.. Baru la aku  tau.. Lorat tu macam .. macam.. “
Nur mengangguk kecil sambil bibirnya dijuihkan..


“ Macam apa ? “
Haikal kehairanan.


“ Macam tak ada apa apa pun.. Lalalalalala “
Nur ketawa kecil sambil tangannya erat memegang pergelangan kaki nya..


“ Kau ni kan.. “
Haikal mengetap bibir tanda geram.


“ Apa ? apa? Aku ni apa? Hmm? “
Nur membalas sepantas kilat..


“ Dah la, malas aku layan kau.. Meh aku balut kaki kau tu.. Duk diam diam. Kalau sakit tahan je. Jangan jadi marshmellow sangat okeh cik singa? “
Haikal terus mengeluarkan sapu tangannya dan membalut pergelangan kaki Nur. Sesekali dia  curi curi memerhati tepat ke mata Nur. Sesekali itu juga dia tersenyum kecil.


“ Kau ni kenapa senyum senyum ni? Kau jangan macam macam Haikal, kau pandang apa tadi syaitonnnn?
Nur dapat menangkap apa yg dibuat Haikal sebentar tadi. Moodnya menjadi buruk secara tiba tiba..


“ SubhanaAllah.. “
Hanya perkataan itu terpacul dari bibir Haikal yang sedang tekun membalut pergelangan kaki Nur secara berhati hati tanpa sedikit pun berlaku sentuhan.


“ Errr.. Kau ni gila ke Haikal? Psycho betul kau ni. Kau pandang apa tadi? Cakapppppp !! “
Nur terus menyerang Haikal dengan kata kata laser nya.


“ Kau ni ayam ke apa? Tak reti diam ke mulut tu? Aku pandang mata kau je lah.. Mata kau cantik.. Haishh.. Puas? “
Tanpa disedari oleh Haikal sendiri, dia berkata dari hati. Hatinya yang menjawab pertanyaan Nur tadi.


“ Err... Kau.. Kau kata apa tadi? Ulang balik.. “
Nur sedikit terkesima, tergagap gagap dia melontarkan kata kata nya..


“ Err.. Apa aku cakap tadi tah.. Haishhhh.. “
Haikal semakin cuak, mukanya merah padam.


“ Kau ni atok eh? Nyanyuk dah eh? Haha.. Patut la pun. “
Nur membidas sepantas kilat..


“ Aah.. Atok , atok pada ayam yang potpet potpet tanpa henti. Patut la ayammmm.. “
Balas Haikal sambil bangun mengambil kayu sepanjang semeter yang digunakan Nur tadi.

“ Pegang kayu ni.. Aku nak bangun kan kau.. Kau boleh jalan tak ni?”
Haikal menghulurkan hujung kayu kepada Nur.


“ Jap aku try.. Kau jangan pandang aku .. Pandang longkang depan tu.. “
Nur memandang Haikal dengan pandangan tegas.


“ Aku tak pandang lah.. Haishhh.. Bangun cepat.. Try dan jangan mengalah..”
Haikal memegang erat hujung kayu disebelah nya sambil kepalanya dipaling kearah longkang.


“ Ermm.. Okeh, aku cuba sekarang tau atok !”
Nur memegang  erat kayu disebelah sini.. Sambil berusaha untuk bangun..


 Haikal menarik kayu itu dengan sekuat hatinya sambil sedikit pun dia tidak memandang kearah Nur. Nur pun berdiri sambil terjengket jengket..


“ Alhamdulillah, ayam ni boleh berdiri dah. Haha.. “
Haikal tersenyum melihat Nur dah mampu berdiri. Di hulurnya kayu tadi sebagai alat sokongan bagi Nur..


“ Hmmmmphhhh “
Nur mencebik sambil mengambil kayu yang dihulurkan oleh Haikal tadi.


“ Nur, pakai sweater aku ni jap. “
Haikal tiba tiba bersuara..


“ Nak buat apa aku pakai sweater busuk kau tu? “
Nur kehairanan, dibuatnya mimik muka menggelikan.


“ Pakai la.. Tolongla pakai.. Ayam pakai tau yam? “
Balas Haikal yang tetap berdegil. Ditanggalkan sweater hitamnya itu..


“ Taknakkkkkkkkkkk !! “
Nur menjerit dan menolak pelawaan Haikal..


“ Kalau kau tak pakai, kau dedahkan aurat kau la sengal, jubah kau koyak tu.. Koyak kat bahagian lengan.. Aurat tu.. Haishhh .. Pakai boleh tak ? “
Haikal tetap menghulurkan sweaternya..



  Bersambung....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...